Tuesday, 22 November 2016

Nama diberi Muhammad Rafie Bin Zainuddin, berasal dari klang,selangor. Kini melanjutkan pengajian dalam jurusan terapi sukan.Ini merupakan kali pertama saya diberi pendedahan mengenai blog.Berikut adalah serba sedikit info yang saya kongsikan mengenai siber buli.

Maksud Siber Buli




  • Buli siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat. Insiden sebenar kejadian buli siber tidak diketahui kerana ramai mangsa buli siber tidak tampil untuk mendapatkan bantuan. Buli siber adalah perbuatan yang  mengancam , memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks, chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet.

  • Perbuatan buli siber lebih dahsyat daripada perbuatan membuli orang lain, buli siber mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Pembuli siber sukar untuk dikenalpasti kerana mereka boleh merahsiakan identiti sebenar.Pembuli siber tidak seperti pembuli yang lain kerana ia berlaku dalam dunia siber yang tidak bersempadan.

Jenis-jenis siber buli?

  • Mesej yang mengganggu dan mengancam.
  • Menyalahgunakan kata laluan atau nama skrin orang lain atau menyamar sebagai orang lain.
  • Memanjangkan e-mel, foto atau video kepada orang lain.
  • Memuat naik komen atau gambar yang tidak senonoh.
  • Sexting(tindakan menghantar gambar, mesej atau video berunsurkan seksual menggunakan telefon bimbit).
  • Memulaukan individu tertentu daripada sesuatu kumpulan internet dengan sengaja.

Perbandingan antara siber buli dengan buli yang lain


  • Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin gusar.Huraikan punca-punca dan langkah-langkah yang tercetus.

  • Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi
  • Apakah kesan siber buli? Buli siber yang teruk atau kronik boleh menyebabkan mangsa menjadi resah, murung serta penyakit lain yang berkaitan dengan tekanan. Dalam kes tertentu, buli siber boleh menyebabkan mangsa membunuh diri. Buli siber adalah salah di sisi undang-undang.

Bagaimana mencegah siber buli?

  • Amalkan keselamatan internet. Didik anak anda atau pelajar tentang keselamatan internet dan etika melayari internet atau menggunakan telefon yang betul. Jangan kongsi butiran peribadi anda di internet. Awas! Nada dan makna mesej yang ditulis boleh disalah tafsir. Menghantar atau memanjangkan mesej yang kesat atau berunsurkan ancaman adalah tidak wajar dan boleh menyalahi undang-undang.

Apakah tanda-tanda siber buli?

  • Tanda-tanda buli siber termasuklah. Mengalami tekanan emosi semasa atau selepas menggunakan internet. Mengasingkan diri dari rakan-rakan dan ahli keluarga. Menjauhkan diri dari perhimpunan sekolah atau kumpulan. Keciciran gred dan mudah marah apabila berada di rumah. Mengalami perubahan emosi, tingkah laku, tidur, atau selera makan. Mahu berhenti menggunakan komputer atau telefon bimbit. Kelihatan gelisah apabila mendapat mesej teks atau e-mel. Mengelakkan perbincangan mengenai aktiviti komputer atau telefon bimbit.

Sekiranya anda adalah mangsa siber buli?
  • Bincang dengan ibubapa anda, kaunselor sekolah atau guru. Simpan e-mel, mesej atau imej buli sebagai bahan bukti. Jangan balas mesej teks atau e-mel buli.